Wednesday, December 22, 2004

pendirian bernilai rm300.00
(sambungan)

minggu ni berkunjung ke pejabat 'si-penguatkuasa' untuk menyelesaikan denda yang telah dikenakan. rupa-rupanya saya telah dipekotak-katikkan! kesalahan saya hanya bernilai rm100.00. mudahnya saya mempercayai 'si-penguatkuasa'. kenapa la saya diperlakukan sebegini? sedangkan 'si-penguatkuasa' tahu yang pada lencana yang dipakai oleh semua 'si-penguatkuasa' ada terukir nama tuhan yang maha adil.

harapnya tidaklah terlalu kejam kalau saya katakan 'si-penguatkuasa' telah terpesong dengan ajaran yang sangat salah sehingga menyembah 'tuhan' yang bukan tuhan; duit!

apa yang sanggup saya korbankan untuk helaian kertas dan kepingan syiling yang bernama duit? adakah sanggup melanggar sempadan jelas 'halal' atau 'haram'? menghilangkan sempadan yang menjaga apa yang dinamakan 'rezeki' lalu mencampurkan halal dan haram.. bak kata seorang ustaz; "halal + haram = halam". mahu terus 'menikmati' rezeki 'halam'?

saya patut menulis sesuatu mengenai duit...mungkin.

No comments: