Saturday, November 13, 2004

pendirian bernilai rm300.00

malam ini saya dah kena saman. selama punyai lesen memandu, ini kali ke dua saya dapat saman. kali ini kesalahan membuat 'u-turn' di tempat yang tidak sepatutnya. agak kehilangan sabar tadi, dan saya telah membuat satu kesalahan yang perlu saya tanggung hukuman; saman. saya buat salah dan diberi saman. semudah itu sahaja teorinya.

namun, proses dari mula diminta berhenti di tepi jalan sehingga saman sampai ke tangan saya agak aneh. 'si-penguatkuasa' mengambil masa agak lama untuk menulis saman. pada pendapat saya, 'si-penguatkuasa' ada dua pilihan yang boleh dilakukan. satu; menulis saman, dua; memaafkan saya dengan memberi nasihat/amaran. tetapi saya dapati 'si-penguatkuasa' mempunyai pilihan yang luar dari pendapat saya.

'si-penguatkuasa' buat pilihan untuk mempromosi kepada saya satu cara untuk mengelakkan di saman yang berharga rm300.00. mempromosi agar saya konon-konon terfikir untuk membayar 'saman tanpa resit' yang jauh lebih murah.

saya tetap membuat tidak faham akan promosi yang dia lakukan dan terus meminta dimaafkan. dengan harapan 'si-penguatkuasa' itu memberi sedikit simpati memandangkan saya baru pulang dari masjid. tak lupa faktor agama, dimana saya dan 'si-penguatkuasa' menganuti agama yang sama.

setelah beberapa kali minta dimaafkan tanpa syarat yang jijik, saya dapati cara lembut untuk meminta maaf telah gagal. saya pernah terdengar cerita saudara saya yang membayar rm5.00 kepada 'si-penguatkuasa' (yang lain) kerana saudara saya memakai selipar semasa memandu kereta. pada masa saya mendengar cerita tu, saya membuat satu pendirian tidak akan melibatkan diri dengan cara yang tidak patut dalam menjalankan kehidupan seharian. saya pilih untuk tidak menggalakkan 'si-penguatkuasa' meneruskan budaya yang boleh dikatakan diterimapakai oleh kebanyakan orang.

teringat saya semasa belajar kelas bahasa inggeris samasa di politeknik dulu. mengenai nama gelaran. pensyarah ada bertanya nama gelaran bagi 'si-penguatkuasa', saya dan beberapa orang kawan yang agak nakal memberi jawapan 'dog' (mungkin kenakalan terpengaruh dari lagu kegemaran dinyanyikan oleh kumpulan muzik 'the bollocks' pada waktu itu). pensyarah katakan jawapan kami salah, jawapan yang betul adalah 'pigs'. jawapan dari pensyarah itu agak mengejutkan. rupa-rupanya rasa tak puas hati dari begitu ramai orang sehingga gelaran demikian seolah-olah diiktiraf oleh semua. gelaran yang agak tidak sopan, tapi gelaran yang tidak sopan pastilah untuk orang yang tidak sopan.

atas saman ini saya patut rasa bangga. pendirian yang saya bina tidak runtuh. tidak runtuh hanya dengan harga rm300.00. apa pun, saya maafkan mereka. cuma ada sedikit tidak puas hati kerana 'si-penguatkuasa' itu lupa untuk menjadi manusia bermoral dalam mencari duit. saya berdoa agar mereka diberi petunjuk agar memahami darah daging yang berpunca dari duit yang tidak halal mudah dibakar dalam neraka. dan tak lupa doa agar saya lebih sabar dan tidak melanggar undang-undang jalaraya.

i'allah..

Sabda Rasulullah, yang bermaksud: "Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

No comments: