Sunday, October 03, 2004

masa untuk mengawal kekacakkan

mengawal kekacakkan adalah sesuatu rutin yang kadang-kadang diluar kawalan. memperagakan wajah, cara berjalan, cara bercakap, serta menunjukkan perangai yang dirasakan boleh menarik perhatian orang lain; terutamanya awek! *kenyit*

demi untuk menarik perhatian awek yang berada dikeliling kadang-kadang sampai sanggup berpura-pura? sanggup menarik perut agar tidak kelihatan buncit yang konon-kononnya keadaan buncit itu akan menjauhkan awek.

katakanlah.. ada awek yang tertarik kerana kekacakan yang dikawal. bukankah itu sesuatu yang rugi kerana awek itu tertarik dengan satu ilusi kekacakan yang dibuat-buat? masakah kebahagiaan boleh diusahakan dengan asas yang tak asli.. berasaskan rupa paras yang akan berkedut satu hari nanti.

kesimpulan? tiada kesimpulan la! macam dikatakan pada awal tadi.. 'mengawal kekacakkan adalah sesuatu rutin yang kadang-kadang diluar kawalan'. diulangi; "luar kawalan"... semoga tidak terjebak dalam sesuatu keburukan dalam aktiviti luar kawalan!

mungkin ini adalah kegagalan besar apabila terkena 'sumpahan' mempunyai kunci nafsu pada penglihatan. taringat kata-kata dari seorang kawan; "dunia ini jagalah dua perkara, insyaallah selamat. penglihatan, dan kemaluan."

oh ye, masa untuk mengawal nafsu... semoga berjaya,penulis!

No comments: