Sunday, September 05, 2004

meraikan seorang hero

siapakah 'hero'?

bagi saya, seorang hero adalah seorang yang cukup hebat mampu melindungi orang-orang yang disayangi daripada bahaya dan unsur-unsur jahat. hero bukan sahaja membaca orang-orang yang disayangi ketahap yang selamat, malah sentiasa berusaha membahagiakan mereka.

satu tugas yang besar, namun seorang hero tidak akan menggalas segala usahanya sebagai satu beban, tetapi sebagai satu tanggungjawap walaupun perjalanan yang hero pilih mungkin dipenuhi dengan cubaan dan dugaan yang bisa menggugat. tanggungjawap yang dipikul adalah rasa bahagia apabila dapat dilaksanakan.

nampaknya untuk meletakkan seseorang itu ditahap yang layan untuk digelar 'hero' bukanlah sesuatu yang mudah.

saya kenal seorang hero! nama dia jaafar sidek bin adam. dia abah saya. dia memang layak digelar hero.. seorang lelaki yang saya bangga untuk panggil 'abah' dan saya tahu ada seorang isteri yang amat bahagia disisinya sebagai seorang suami. (saaayang mak!)

bercerita sedikit mengenai abah; dia pernah merotan saya, selalu juga memarahi/membebel kat saya. namun saya tau yang dia tak benci saya. malah apa yang dia lakukan adalah atas dasar tanggungjawap dan rasa kasih sayang seorang ayah kepada anaknya.

teringat masa kecil-kecil dulu; masa abah tak puas hati dengan cara saya solat, sampai dia tunggu kat belakang saya utk lihat saya solat. masa tu, takut punya pasal sampai solat dengan begitu 'sopan santun'! solat takutkan abah time tu kot.. hihih..

erm.. baiklah! atas rasa bersyukur, hormat, bangga, gembira, dan terharu.. saya ingin meraikan seorang hero! saya sayang abah dan abah adalah hero saya! :)

No comments: