kawalan diri
dapatkah aku mengawal diri setiap masa? dapatkah aku berpegang kepada apa yang dinamakan 'etika' dan 'prinsip hidup'? atau aku patut menjadi hamba hamba kepada duit dan nafsu?
aku tak dapat jawap semua soalan tu kepada keluarga aku, kerana aku mungkin menipu.aku tak dapat jawap semua soalan tu kepada kawan aku, kerana aku mungkin menipu. aku tak dapat jawap semua soalan tu kepada 'chinta' aku, kerana aku mungkin menipu. aku tak dapat jawap semuasoalan tu dengan menulis dalam diari aku, kerana aku mungkin menipu. aku juga tidak dapat bagi jawapan aku dengan menulis artikel untuk 'newsletter' aku; mungkin aku menipu!
namun begitu, aku tulis juga dalam 'newsletter' nie. adakah aku akan menipu? adakah aku dapat 'mengawal diri' untuk menulis dengan penuh kebenaran? mungkin aku dan Tuhan sahaja yang tahu...
"tidak!" aku tak dapat mengawal diri aku sokmo. ini bukanlah sesuatu perkara yang membanggakan aku tapi kadang-kadang bila aku 'tak mengawal diri', hati aku menjadi puas. puas berapa lama? kadang-kadang sekejap.. kadang-kadang lebih dari sekejap. yang pasti, dalam lingkungan 'sekejap'.
bagaimana dengan 'etika' yang selalu dilaungkan? hm.. kadang-kadang lansung tidak dipedulikan apabila keinginan 'memuaskan hati' memuncak. ingin mengecapi apa yang diiklankan dalam t.v, ingin pakai apa yang orang lain pakai, ingin nampak 'cantik', ingin menjadi seksi, ingin 'mengikut peredaran zaman', ingin mendengar lagu 'sedap', ingin makan makanan popular, ingin menjadi 'glamor', ingin menarik perhatian perempuan, dan macam-macam keinginan semasa yang meracun pemikiran. biasanya tahu benda-benda tu 'meracun, tapi terperangkap jugak! :(
susah jugak nak hilangkan keinginan-keinginan nie. harap dapat kurangkanlah. kebanyakan keinginan mengarut ni melibatkan duit. jadi harap dapat tanam dalam kepala otak ni kuasa menyimpan duit, dan fikirkan duit yang disimpan dapat digunakan untuk sesuatu yang betul-betul berguna dan sekaligus dapat memajukan diri dengan cantik.
aku tak perlu risau 'jalan' berseorangan dalam dunia ni. sentiasa cuba hidup berseorangan. bukan manjadi kera sumbang atau pun menjadi seorang yang sombong, tapi jadi diri sendiri dan bangga dengan diri sendiri. aku mungkin tak pakai semahal orang lain, tak makan sesedap orang lain, tak berseronok macam orang lain, tak mabuk macam orang lain, tak seseksi orang lain; tapi bahagia menjadi diri sendiri. diri sendiri yang cantik.
oh ya.. jangan lupa manjadi manusia pulak! manusia tetap manusia. perlu makan, berhibur, kasih sayang, dan macam-macam keperluan dan kehendak sebagai manusia. harap aku berhati-hati dalam aku mendapatkan 'kehendak sebagai manusia' tu, aku tak mengikut sangat nafsu ala 'biawak kabung' nun...
eh.. aku dah menjawap ke soalan-soalan kat perenggan pertama tadi? mungkin ya.. mungkin tidak.. aku mungkin menipu kat 'newsletter' ni. aku rasa aku cuma dapat bagi jawapan aku kat seorang saja, iaitu kat diri aku sendiri. aku pasti aku tak boleh menipu diri sendiri. aku tahu yang jauh dalam diri aku ni sangat cintakan kawalan diri (walau kadang-kadang mengikut nafsu, diulangi; kadang-kadang) dan akan berusaha sedaya mungkin untuk mencapai sasaran itu.
["Accept responsibility for your life. Know that it is you who will get you where you want to go, no one else"]
***diambil dari 'penulisan kepunyaa peraturan' #3 (2001)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment