Monday, August 02, 2004

surat pilihan jiwa 2

Sent : Sunday, July 11, 2004 4:05:08 PM To : pantaibatu@hotmail.com,
Kehidupan diluar jangkaan!
Bila telah diletakkan tajuk begini..ramai yang fikir…apakah yang diluar jangkaan itu?…sebenarnya dalam hidup kita ni..banyak perkara yang diimpikan sukar jadik kenyataan…dan kita kena teruskan hidup walaupun tanpanya!!!
Macam saya…sejak dari kecil mmg mengimpikan kehidupan yang mewah dan bahagia (dlm otak mase tu : kemewahan merujuk kepada kereta mewah, rumah banglo,,pakai baju cantik², perabot dalam rumah yang serba mewah dan macam-macam lagi laa yang canggih-manggih)…hakikatnya???
Tengokla saya sekarang…masih blum mendapat pekerjaan yang saya impikan!! Walaupun lulusan universiti tempatan dengan pointer yang agak tinggi,…saya masih lagi menganggur(dalam erti kata blum dpt keje dalam bidang saya)….apa yang saya buat skrg?…keje jugak tapi keje yang hanya layak bergelar "power opis girl" yang berpendapatan RM200.00 seminggu!!!…ramai yang kata (org-org sekeliling)…"jangan risau, nanti ada laa tu rezeki awak ", tak kurang jugak yang kata "kene bomoh dek org kot!!! Tu yg susah dpt keje tu"(heheheee, yg nie tak bleh pakai punye!)
so…bagaimana dgn saya skrg? Adakah saya bahagia? Jawapannya dah tentunyer tak..kan??? saya ada jugak jumpa dgn ramai org-org yang berjawatan tinggi yang mmg best laa dari segi salary nya per month..masih jugak diorg tidak puas hati dgn keadaan mereka skrg…contohnya: selama 10 thn bergelar ketua audit disalah sebuah angensi kerajaan - pendapatan seisi rumah masih jugak lagi ditahap sederhana (maksudnya disini: pendapatan sebulan adalah untuk perbelanjaan sebulan jugak!!)…macam pepatah kata "besar periuk..besarlaa keraknya"…so macam mana nak ubah kehidupan yang macam nie?
Usaha lebihkah? …kalu disinggap semula penulisan saya diatas..seolah-olah saya berfikiran negatif dalam kehidupan ini!! Benarkah begitu?? Sebenarnya TIDAK!!!…apa yang saya maksudkan disini ialah…KEHIDUPAN mmg diluar jangkaan KITA, kerana DIA yang menentukan segalanya! So, bersedialah menghadapi kehidupan yang diuar jangkaan ini…jgn asyik duk berangan jek!!! (heheheee)…until next time, c u!!
dari;sahabat mesra alam

a'kum.. pekabar?harapnya baik2 saje..camne kehidupan?thanks atas penulisan yang menarik tu..awak tulis sendiri ehh...:)
'KEHIDUPAN mmg diluar jangkaan KITA'mmg manarik tajuk tumacam satu cita2 tak sesampaian..semua org impikan kehidupan yang mewah agaknya..ada ke yang nak hidup susah?:o
penulisan tu lebih kepada apabila mendapat apa yang kurang dari apa yang dijangka,kancamne pula jika kita dapat lebih dari yang dijangka?itu tu dikategori diluar jangka,kan;p
tapi biasanya bila kita dapat lebih dari yang dijangka..kita tak perasan sangat anugarah tu.:/
jadinya.. kehidupan adalah cantik!tuhan takkan menguji hambanya melebihi dari kemampuantak perlu la tumpukan apa yang kurang dari apa yang dijangkamalah kenala saya dan awak ketahui apa yang 'lebih dari jangka' yang talah dan sedang dinikmati.pasti akan merasa insan yang bertuah.:o
bergembira la dan senyum dengan manis..kerana mmg adalah sesuatu yang pasti kehidupan diluar jangka..yey! yey!:D
jaga diri elok2wassalamdaa~!
jasrul

No comments: