Saturday, August 07, 2004

nombor kad pengenalan

baru-baru ni hari jadi saya. itu mengikut pengiraan kad pengenalan. hari itu mak masakkan nasi kapit dan kacang kuda untuk sarapan, mi sup udang untuk makan tengahari. mmg menyelerakan! masakan mak mmg menarik.. harapnya setiap hari adalah hari jadi agar dapat menikmati masakan mak yang pelbagai! hohoho... dan harapan untuk saya lebih 'bulat' menjadi semakin besar.. *mengusap-usap perut sendiri* :-)

"makanlah sebelum kenyang, berhentilah sebelum lapar"

sudah 25 tahun! setiap hari yang berlalu, adakah saya seorang yang berjaya, kerana menjadi seorang yang lebih baik dari hari sebelumnya? atau adakah saya seorang yang tertipu, kerana menjadi seorang yang sama seperti hari sebelumnya? atau adakah saya seorang yang celaka, kerana menjadi seorang yang lebih teruk dari hari sebelumnya?

"tahun telah berubah, maka rugilah orang-orang yang masih ditakuk lama; amalan baiknya tidak bertambah sedangkan usia hampir kepada penyudah"

No comments: