Saturday, July 03, 2004

satu babak jumaat

lalu berkatalah si ayah kepada anaknya,
"cepat la, nanti tarlambat pulak kita", sambil menghidupkan enjin kereta.

sampai di masjid, didapati bilal belum lagi melaungkan azan zohor. ruang letak kereta masih banyak belum dipenuhi.

selesai meletakkan kereta, si anak pun bertanya kepada ayahnya..

"bapak, kenapa letak kereta jauh dari masjid? kan masih banyak kosong kat situ.." menunjukkan kawangan letak kereta yang masih kosong berhampiran masjid.

"alaa.. nanti lepas sembahyang senang la nak keluar dari sini", tegas ayah.

No comments: