Saturday, July 03, 2004

ai

ai,
baru-baru ni dua orang kawan perempuan menghubungi saya melalui telefon dan menyatakan hasrat untuk memutuskan hubungan dengan saya. kata mereka; saya seorang yang terlalu baik. berkata-kata sambil mengalirkan air mata.

ai,
bagaimana saya harus respon dalam situasi begitu?

ai,
tau mengapa saya menceritakan semua ini kepada awak? ini kerana awak juga telah meninggalkan saya. tapi awak tidak memberi apa-apa alasan. alasan yang saya ingin baiki..

ai,
adakah saya 'terlalu baik' juga dengan awak? atau awak 'terlalu baik' untuk saya? bukankah awak pernah berkata 'janganlah menjadi baik untuk menjadi kejam'.. tolonglah ai..

ai,
mungkin sangat mudah bagi awak untuk melupakan saya. saya tidak seperti awak. kehidupan bersama awak adalah sesutu yang indah yang tak boleh saya lupakan. bukan mudah untuk melupakan orang yang saya sayang.. sayang yang datang amat jarang-jarang itu. sayang kepada awak.

ai,
tiap kali terserempak dengan nama awak ditelefon,
terkejut, takut, pilu..
malah turut merasa aneh; kenapa nama awak masih ada disini?

ai,
baru-baru ni saya termimpikan awak.. betapa indah mimpi itu. betapa mesranya kita berdua..
betapa indahnya mimpi itu..adalah sesuatu yang amat melukakan apa bila tersedar. hanyalah mimpi.. hanyalah perasaan amat rindu pada awak yang telah tiada.

ai,
saya kononnya dulu bersedia utk kehilangan awak
tetapi apabila saat itu tiba
saya talah hancur, hilang, padam..

saya selalu terfikirkan awak
mengharapkan awak kembali
mengharapkan jadi seperti dulu
mengharapkan jadi lebih baik dari dulu
mengharapkan cinta

ai,
adakah ini sudah terlambat? saya mengetahui nilai 'kita' hanya setelah tiada lagi 'kita'. setelah hati awak semakin rapat dengan hati yang lain..

ai,
berbahagialah dengan org bertuah yang awak pilih untuk setia.

No comments: