hari terakhir di berkat
30 april 2004 lalu adalah hari terakhir saya bertugas di sini, maran. pejabat di kg berkat 3 di tinggalkan awal..sebelum solat jumaat. belum lagi meninggalkan pejabar pagi tu, sudah terasa kerinduan dalam hati kepada kawan-kawan, pemandangan, dan terutama kerinduan kat meja ping-pong yang selalu menjadi teman yang menarik!
sebagai tanda penghargaan kepada orang-orang yang membantu kehidupan saya kat kg berkat 3 ni, saya ada hadiahkan mereka sesuatu yang agak istimewa yang jarang-jarang diberikan kepada orang lain. hadiah 'biasa' adalah sejenis makanan yang mungkin juga jadi kegemaran mereka. (yang pasti, makanan seperti bar coklat adalah kegemaran saya!) hadiah yang agak luar biasa yang diberikan adalah susunan kata-kata yang disusun khas oleh saya sendiri. hasil yang mengejutkan juga memandangkan penghasilan dalam masa yang agak terhad..
disini ingin dikongsi beberapa hasil yang diusahakan dengan penuh kesungguhan.........
1. puan kamilah
[dia ni merupakan setia-usaha kat pejabat saya. seorang yang baik dan ceria. dan dia sedang mengandungkan anak pertama. tahniah kak milah~]
emak saya
emak saya seorang yang cantik,
dia sangat sayang pada ayah,
ayah pun sayang emak.
emak saya seorang yang baik,
dia masak lauk kegemaran saya,
dia juga tolong ikatkan kasut saya.
emak saya seorang yang rajin,
dia selalu hias rumah,
dia basuh baju saya sampai wangi.
nak tau..
hari tu mak saya rotan saya,
dia kata saya nakal sangat.
sebenarnya dia rotan sebab dia sayang saya,
saya pun sayang kat dia,
saya sayang mak saya sokmo!
2. meja depan
[meja depan ni merujuk kepada orang-orang yang berada di depan pejabat. mereka la yang menghidupkan pejabat dengan usaha rajin mereka. malah banyak keceriaan dan kemeriahan pejabat adalah kerana mereka. hidup orang-orang meja depan!]
pejabat yang gelap
pejabat ini sangat gelap,
umpama gelap malam.
tetapi mereka telah mengubah segalanya..
mereka adalah bintang-bintang yang menyinar dalam kegelapan.
sangat cantik.. umpama berlian di atas langit.
(like a diamond in the sky)
bintang-bintang itu juga penunjuk arah yang tidak akan menipu..
walaupun tidak kelihatan apabila pejabat yang gelap ini kesiangan,
bintang-bintang tetap akan setia.
wahai bintang yang setia..
"tetaplah menjadi bintang di langit"*
saya tidak akan lupakan jasa-jasa
bintang-bintang yang menghiasi
pejabat yang gelap..
* 'padi-kasih tak sampai'
3. sh
[dia ini merupakan seorang awek! bukan awek kepunyaan saya...]
orang kata,
hari ini bumi menjadi plenet yang hebat jika tiada lagi kebuluran dan tiada peperangan.
orang kata,
hari ini malaysia menjadi negara yang hebat jika satu negara jadi aman walau berbagai agama dan bangsa.
orang kata,
hari ini pahang menjadi negeri yang hebat jika hujan emas turun mencurah-curah.
orang kata,
hari ini maran menjadi daerah yang hebat jika dipimpin oleh pemimpin yang mesra dan adil.
orang kata,
kampung new zealand menjadi tempat kelahiran yang hebat jika dipenuhi kehijauan tumbuhan dan warna-warni bunga yang cantik.
tapi..
jasrul kata,
hari ini hari yang hebat apabila jasrul dapat melihat sh tersenyum manis..
okey.. sekian dulu! jumpa lagi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment